Halaman

Jumaat, 15 Januari 2016

KUASAI SOP ANDA DENGAN BETUL

Memandangkan terdapat ramai rakan ham yang seringkali melakukan kesilapan dalam QSO, maka sepatutnya kita kongsikan ilmu untuk pemahaman dan keselesaan bersama.

Sebutan Maksud / Merujuk kepada / Disebut

Lima Lima
Land Line atau Line Location
(Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx dan sebagainya)

Loceng Terbang
atau lebih baik dipanggil Handphone. Contoh bermula dengan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx dan sebagainya)

Cheerio ( Bahasa Latin) Selamat Tinggal / Bye Bye
http://www.thefreedictionary.com/cheerio

Jalopy (American) Kenderaan bukan disebut Canopy
http://www.thefreedictionary.com/jalopy

Fundamental - Tempat kelahiran / ibubapa

Harmonic- Anak-anak

XYL - Isteri

SIGN OFF - bukannya disebut Time OFF -bermaksud Keluar dari frekuensi @ jalur

Salt Mine - bukannya Dot My - untuk bermaksud Tempat kerja

Rubber Duckie -Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)

73 - Seven Three / Tujuh Tiga - bukan disebut "Tujuh Puluh Tiga"

Eyeball / QSO / Round Table
Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka

Nama Tempat

Gunakan sebutan biasa untuk tempat dan tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.
Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur / KL terus sebut Kuala Lumpur / KL tak perlu sebut Kilo Lima atau Kilo Tango untuk nama tempat Kuala Terengganu.

Penggunaan istilah 'Portable' / 'Base' / 'Mobile'

Perlu dipastikan bahawa istilah 'Base' dinyatakan bilamana kita memancar di alamat yang tertera pada AA sama ada menggunakan 'Rig Handy ' atau 'Mobile Rig'.
Istilah 'Portable' boleh digunakan bilamana kita memancar di luar dari alamat pada AA. Jika kita bermobile dan menggunakan 'Rig Handy' sekalipun - disebut juga sebagai 'Mobile' dan apakala kita berhenti dalam masa yang lama - disebut sebagai 'Portable'. (Rujuk Guideline For Amateur Radio In Malaysia - MCMC)

QSY - disebut bilamana untuk berubah @ bertukar Frekuensi dan berbeza dengan
QRD - disebut bilamana menuju ke suatu lokasi / tempat
QRX- berhenti memancar (TX) buat seketika dalam jangka waktu / masa yang dinyatakan, sama ada QRX 2 minit atau jangka masa selebihnya.
QRT -berhenti memancar (TX dan RX) dan mungkin switch off radio.
PTT - Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap)

Ahad, 10 Januari 2016

RCJM Sebagai Marshall Event Hari Sukan Negara

   Buat pertama kali nya Persatuan komuniti RCJ telah ditugaskan menjadi Marshall Event untuk Hari Sukan Negara peringkat Daerah Machang pada 10/10/2015 bersama PDRM, RELA dan JPAM bagi menjayakan program tersebut. insya ALLAH kita mampu melakukanya.


Mesyuarat dan pembahagian tugas untuk ahli RCJM

7.30am program bermula..


Menunggu ketibaan VIP


Bersama Sarjan Misai.. opps.. Mache11


RC36 bersama Mache12 Tuan Rozie Pegawai DCC Machang..


Santai sambil menunggu pelepasan peserta..

Semangat veteran oleh RC18 dan RC17.... semoga menjadi contoh kepada ahli


Bersiap sedia RC72 dan RC75 dengan retro clasic..  best


Kawalan trafik untuk pejalan kaki...


Selesai tugas dan menjamu selera...

Sekalung Tahniah dan terima kasih kepada rakan RCJM yang terlibat.










Sabtu, 9 Januari 2016

Gotong Royong Pemasangan Backup Repeater

 Antara aktiviti aktiviti yang telah dijalankan adalah gotong royong menyiapkan repeater kedua. kerjasama dikalangan ahli dan PDRM diucapkan ribuan terima kasih.
 
Kesungguhan Kopral Razak amat-amat dihargai. 


Tidak mengenal usia... terima kasih RC56.
 
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... RC05 dan RC46
 
antara yang hadir
 
 
Bagaimana acuan begitulah pancar ulang nya 

RCJM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli yang terlibat..



DIFINISI LOGO PERSATUAN RAKAN CEGAH JENAYAH MACHANG

    Setiap persatuan atau kelab mempunyai logo yang tersendiri dan mempunyai madsud yang berbeza-beza. Bagi Persatuan Community Rakan Cop Machang, logo ini boleh di difinisikan sebagai :-

1) Bingkai bulat melambangkan satu komuniti bersatu-padu dalam persatuan.
2) Walkie Talkie ditakrifkan sebagai penggunaan radio menjadi alat perhubungan utama di kalangan ahli dalam persatuan.
3) Warna biru adalah lambang perpaduan di dalam persatuan.
4) Warna putih dianggap keikhlasan dan keluhuran dalam tugas dan perbuatan yang dijalankan.
5) Logo Rakan Cop Malaysia menunjukkan jalinan kerjasama dengan PDRM dalam menyalurkan maklumat am nya jenayah dan setiap ahli persatuan adalah berdaftar dengan Rakan Cop Malaysia.

Jumaat, 10 Julai 2015

Apa itu Rakan Cop

Apa Itu Rakan Cop Yang Perlu Anda Tahu

Kali ini RCJM nak bercerita pasal Rakan Cop pastinya semua orang tahu tentang wujudnya Rakan Cop dan apakah fungsi Rakan Cop ini, tidak dinafikan terdapat ramai juga yang masih belum kenal apa itu RakanCop, disini RCJM nak beri sedikit info mengenai Rakan Cop, Apa itu Rakan Cop, Konsep Rakan Cop, Misi Rakan Cop dan Bagaimana nak menjadi RakanCop.

Apa itu RAKAN COP ?

RAKANCOP bererti Rakan Polis Diraja Malaysia. Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudkan Bandar Selamat dengan menggunakan slogan “BERSAMA MEMERANGI JENAYAH“.

Pendekatan yang diambil adalah mudah dan praktikal, dengan menggunakan kemudahan telekomunikasi terkini iaitu perkhidmatan telefon (hotline, SMS dan MMS) dan komputer, e-mail dan website sebagai medium perantaraan untuk memudahkan interaksi dua hala antara polis dan orang ramai.

Medium perantaraan ini ditempatkan di Pusat Kawalan Kontijen (CCC) yang beroperasi 24 jam dan bertindak sebagai nadi bagi memantau dan menguruskan maklumat serta menggerakkan tenaga polis untuk memberikan perkhidmatan pantas dalam apa jua situasi.

Konsep RAKAN COP.

Bersifat ‘Community Oriented Policing’ dan ‘Smart Partnership’
Menggalakkan kerjasama dan pembabitan setiap lapisan masyarakat sama ada daripada agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang-orang perseorangan bagi membantu polis dalam memerangi jenayah dan lain-lain masalah keselamatan dengan menyalurkan maklumat tepat dan pantas.
Memberi ’empowerment’ secara tidak langsung kepada orang ramai agar dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan positif dalam menjaga keselamatan setempat, kurang bergantung kepada polis dan sekaligus dapat mewujudkan perasaan dan budaya ‘Tanggungjawap Bersama’ bak kata orang putih (Shared responsibility) antara kedua pihak (Orang ramai dan pihak Polis).
Respon pantas polis akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan polis dan sekaligus kehadiran polis dapat dirasai.
Misi RAKAN COP.

Menjadikan Rakan Cop sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan polis dengan kita selaku masyarakat.
Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat tentang aspek-aspek pencegahan jenayah, masalah dadah, keselamatan lalulintas dan pelbagai aspek keselamatan.
Menggalak dan membudayakan orang ramai supaya berani tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat kepada polis agar konsep ‘Tanggungjawap Bersama’ dalam memerangi jenayah dapat direalisasikan.
Siapa yang boleh mendaftar sebagai Rakan Cop? Tahukah anda tanpa disedari kita dan semua masyarakat adalah Rakan Cop. Bagaimanapun orang ramai adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri secara rasmi sebagai Ahli Rakan Cop bagi mewujudkan perasaan kekitaan di samping memudahkan pihak polis menguruskan segala maklumat yang disalurkan. Bagaimana cara untuk mendaftar…mudah sahaja caranya, kita hanya perlu membuat satu SMS.

Contoh : Taip – Rakan Cop < Jarak > Daftar < Jarak > Nama ( dalam satu perkataan ) hantar ke 32728 ( DAPAT ). Anda akan diberi nombor pendaftaran RAKAN COP sebaik sahaja mendaftar.

Apakah maklumat yang boleh disalurkan ke talian RAKAN COP?

Kejadian jenayah
Kemalangan jalanraya
Keadaan lalulintas
Kesalahan lalulintas / lumba haram
Penyalahgunaan dadah
Penyeludupan
Pendatang asing tanpa izin
Lain-lain maklumat berkaitan keselamatan untuk tindakan PDRM
Apakah kelebihan menyertai RAKAN COP?

Identiti pemberi maklumat tidak terdedah ( dikenali melalui nombor kod ahli sahaja )
Maklumat cepat dan mudah disalurkan ( menggunakan hotline,SMS dan MMS ).
Maklumat diterima direkodkan dalam Database.
Jumlah dan kategori maklumat dapat dianalisa dari semasa ke semasa untuk kajian dan perancangan pihak Polis.
Setiap maklumat dapat dipantau untuk memastikan tindakan diambil.
Penggunaan teknologi terkini meningkatkan kepantasan dan kecekapan bertindak.
Melalui system online maklumat juga dapat disalurkan dengan pantas ke stesen TV/Radio untuk hebahan jika perlu.
Orang ramai perlu peka dan dapat memainkan peranan serta dapat menyumbang ke arah mengwujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif.
orang ramai dan pihak Polis dapat berganding bahu dengan lebih bermakna dalam memerangi jenayah agar Bandar Selamat ( Rakyat perlu menjadi mata dan telingga PDRM ).